Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
NADIYAH NOOR HISHAM
Doakan saya dipermudahkan urusan pengajian PhD dan dapat tamatkan pengajian sebelum daripada waktu yang ditetapkan. Doakan saya sentiasa dipermudahkan urusan dilebihkan rezeki dan keperluan pendidikan dan penjagaan anak3 saya sentiasa cukup. Doakan saya dipanjangkan usia dan sihat selalu supaya dapat menjaga anak3 sehingga mereka dewasa. Semoga doa yang sama utk pihak tuan/puan juga.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakan kami sekeluarga taat kepada perintah Allah tanpa sebarang keraguan...mendirikan solat diawal waktunya....dapat membaca Al Quran setiap hari siang & malam sehingga ke akhir hayat kami...dapat berinfaq setiap hari kepada mereka yg memerlukan & semoga Allah ambil nyawa kami dalam husnol khotimah...Ameen
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga dipermudahkan urusan penganjur Nur Ehsan dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Doakan arwah adik saya Nurhanis Amalina Bt Zulkifli ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh. Semoga Allah ampunkan segala dosanya. Mohon doakan juga supaya saya dan suami dikurniakan zuriat soleh dan solehah.
0 orang mengaminkan doa ini